mcmc
Maklumat Komuniti

UTAMA

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

 

 

 

 

1. Hasil inisiatif dari kerjasama JAKIM & MCMC sebagai salah satu platform perlaksanaan advokasi ICT yang lebih menyeluruh.

2. Pertandingan rekabentuk poster advokasi ICT ini bertemakan isu keselamatan internet dengan suntikan elemen nilai-nilai murni agama Islam.

3. Tempoh pertandingan dirangka bermula pada 1 September hingga 30 November 2016.

4. Kaedah ini adalah salah satu langkah untuk memperkasakan masyarakat mengenai mesejmesej advokasi dan mempelbagaikan platform dakwah.

untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.dakwahdigitalkdb.my

 

SELAMAT DATANG KE PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KAMPUNG MUSA

          Pusat Internet 1Malaysia Kampung  Musa terletak di Kampung Musa Pedu dan dibangunkan di atas tanah rizab kerajaan yang pada asalnya merupakan bangunan dewan orang ramai Kampung Musa. Kedudukannya yang strategik memudahkan orang ramai untuk berkunjung ke Pusat Internet 1Malaysia. Pusat Internet 1Malaysia merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad serta MSD Digital Intellegence yang memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Hal ini, bertujuan untuk memberi segala kemudahan kepada komuniti luar bandar seiring dengan kemudahan yang dicapai oleh komuniti di Bandar.

 

         Penubuhan Pusat Internet 1Malaysia ini adalah usaha untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat Bandar dan Luar Bandar, di samping memberi pendedahan tentang Tekonologi Maklumat dan Internet kepada masyarakat tempatan terutama penduduk Karangan serta yang berhampiran. Di daerah Padang Terap terdapat sembilan (9)  Pusat Internet 1Malaysia iaitu :

 

–  Pusat Internet 1Malaysia Bukit Tembaga

–  Pusat Internet 1Malaysia Felda Belimbing Kanan

–  Pusat Internet 1Malaysia Kg. Tanjung Kiri

–  Pusat Internet 1Malaysia Kampung Perik

–  Pusat Internet 1Malaysia Kampung Musa

–  Pusat Internet 1Malaysia Kampung Tong Pelu

– Pusat Internet 1Malaysia Kampung Belukar Luas

– Pusat Internet 1Malaysia Pekan Naka

– Pusat Internet 1Malaysia Felda Lubuk Merbau

 

 

 

WAKTU BEROPERASI :

         

                 BUKA :

       (Dibuka setiap Hari)

      ** Tutup Cuti Umum

       

                 REHAT :

1.00 Petang – 2.00 Petang (Sabtu – Khamis)

12.30 Tengahari – 2.30 Petang (Jumaat)

 

Perkhidmatan yang disediakan:

  • Scanning
  • Printing
  • Photostat
  • Laminate
  • Binding
  • Perkhidmatan  seperti upah menaip, surat, tugasan, kertas kerja dan lain-lain.
  • Format Lapotp/PC
  • Pembelajaran Kelas ICT
  • Sewa bilik untuk Mesyuarat, Seminar, Bengkel

(Terdapat kemudahan Projektor, Skrin Projektor, Internet serta 20 Buah Komputer)

Melahirkan usahawan Bumiputera dengan memberi tunjuk ajar serta panduan untuk mempromosikan produk.

Sehubungan itu, dengan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Musa dapat memudahkan  masyarakat setempat untuk berurusan serta menggunakan kemudahan capaian internet yang disediakan. Komuniti tempatan digalakkan untuk mendaftar menjadi ahli kerana terdapat kelebihan menjadi ahli Pusat Internet serta bayaran RM5 hanya sekali cas seumur hidup. Pusat Internet 1Malaysia ini dijaga oleh dua (2) orang petugas yang terdiri daripada pengurus dan penolong pengurus. Sebarang urusan semua warga sekitar boleh bertanyakan kepada kedua-dua petugas kerana mereka sedia memberi bantuan.