mcmc
Maklumat Pi1M

Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kg Musa

 SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Pusat Sebaran Maklunat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
NADI Kg Musa menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 
 JUMLAH KEAHLIAN :
NADI Kg Musa telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2016 iaitu 26 June 2016. Jumlah keahlian yang terkumpul sehingga kini adalah seperti berikut :

  AHLI LAMA

1639

  AHLI BARU BULAN SEPTEMBER 2025

12
 KESELURUHAN PADA SEPTEMBER 2025 1651
 KENALI PETUGAS NADI :

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. 

 

  

Pengurus : Nur Wahida Binti Majid

Email : m.kgmusa@tm.nadi.my

Tarikh Perkhidmatan : 10 Februari 2016 sehingga kini

Penolong Pengurus : Nur Syazwani Binti Mohd Zukeri

Email : am.kgmusa@tm.nadi.my

Tarikh Perkhidmatan : 14 Oktober 2025

       

      Alamat portal : kgmusa.nadi.my

      Facebook : https://www.facebook.com/kg.musa.58/

 

Alamat NADI Kg Musa :

Dewan JKKK Kampung Musa,

Mukim Pedu,

06300 Kuala Nerang,

Kedah Darul Aman.