| Tarikh | : 2 Oktober 2025 (Khamis) |
| Masa | :9.00 Pagi –12.30 Tengahari |
| Lokasi | : NADI Kampung Musa |
| Peserta | : 90 Orang Peserta |
Tujuan
Tujuan Kempen Internet Selamat dijalankan untuk pelajar-pelajar sekolah menengah yang terdapat dalam daerah Padang Terap adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang kepentingan penggunaan internet secara beretika dan bertanggungjawab. Selain itu, mendidik pelajar mengenai risiko dan ancaman keselamatan siber seperti penipuan dalam talian, buli siber, penyebaran maklumat palsu dan jenayah digital.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah permainan bola beracun iaitu pelajar yang terpilih di kehendaki menjawab soalan yang berbentuk penggunaan internet secara selamat atau tidak. Penerangan juga diberikan oleh fasilitator supaya murid memahami bahayanya internet pada masa kini sekiranya tidak dikawal.