Program Kaunter Bergerak Bersama Agensi
| Tarikh | : 23 November 2017 (Jumaat) |
| Masa | : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari |
| Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kampung Belukar Luas |
| Peserta | : 70 orang peserta |
| Tujuan | |
|
Antara objektif yang ingin disasarkan adalah mendekatkan komuniti terutama warga emas dan golongan kurang berkemampuan dalam mendapatkan perkhidmatan di kaunter agensi berkaitan.
|
|
| Aktiviti | |
|
Program ini mendekatkan komuniti dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Klinik Kesihatan, AADK dan Tabung Haji (TH) yang memberi kemudahan kepada komuniti dalam menyelesaikan pelbagai urusan rasmi. petugas Pusat Internet 1Malaysia turut mengambil peluang membuat pameran, aktiviti dan pertandingan bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. Antaranya termasuklah Muat turun aplikasi Dashboard Komuniti (DK) di telefon bimbit, Pertandingan Teka Jumlah Guli Dashboard Komuniti, Kuiz ICT / KDB, Pemeriksaan Kesihatan Tekanan Darah (My Health) dan promosi e-waste (Kitar Semula Telefon Bimbit Rosak). |
|